TERMS & CONDITIONS

,
Terma & Syarat

LavidaPrintz menawarkan khidmat mencetak t-shirt (heat press/silk screen/embroidery), korporat, towel, topi, pen, button badges, business card, banner/bunting, flyer, rubber stamp, name tag, kad kahwin, tag terima kasih, sticker dan apa-apa yang berkaitan dengan printing dan juga cenderhati dalam talian juga di kedai jualan. 


Pembayaran
Pembayaran hendaklah dilakukan secara Tunai, Bank Transfer, ATM Cash Deposit dalam Ringgit Malaysia (RM). Proses cetakan tidak akan dimulakan jika pihak kami tidak menerima deposit daripada pelanggan. 


Proses Printing
Proses percetakan akan dilakukan berdasarkan draft/design terakhir dipersetujui oleh pelanggan. Anda dinasihatkan untuk menyemak kesemua butir peribadi dalam draft terakhir sebelum kami memulakan proses percetakan. Pihak kami berhak menolak sebarang pembetulan setelah proses Percetakan telah dimulakan. Oleh itu semakan terakhir sangat penting.Tempoh Siap Kami akan memaklumkan kepada anda sebelum memulakan proses printing. 


Penghantaran
Kami menggalakkan anda untuk hadir ke lokasi kami untuk mengambil tempahan. Namun bagi pelanggan yang ingin menggunakan courier, bayaran tambahan akan dikenakan berdasarkan bayaran courier. Bagi pelanggan yang menggunakan khidmat courier, bayaran sepenuhnya perlu dijelaskan bersama-sama bayaran courier sebelum pihak kami membuat penghantaran. Untuk keselesaan anda, pihak kami akan mengambil gambar dan whatsapp/emel kepada anda terlebih dahulu sebagai bukti printing telah siap dan packaging telah dilakukan. 


Pembatalan Tempahan
Pembatalan tempahan boleh dilakukan sebelum printing dibuat. Namun deposit yang telah dijelaskan akan hangus, ini kerana ia melibatkan waktu kerja dan menggunakan tenaga kerja untuk draft/design. Sekiranya printing telah dilakukan, pembatalan tempahan tidak diterima.
 

LavidaPrintz Copyright © 2011 -- Template created by O Pregador -- Powered by Blogger Templates